Homes

22 November 2011

Bagaimana Bersaing dengan Diri Sendiri ?

[/] Baiki kelemahan diri.
[/] Jangan buang masa.
[/] Dapatkan kemahiran melalui pembacaan, pengkajian, menghadiri seminar, kursus dan sebagainya.
[/] Selalu bertanya dengan orang yang lebih tahu.
[/] Sentiasa mujahadah dengan diri kita sendiri. Sasarannya ialah diri kita akan menang.
[/] Sentiasa buat terbaik dalam segala bidang dan skop kerja.
[/] Yakin dengan diri sendiri dan bantuan Tuhan.
[/] Tinggalkan semua sifat mazmumah dalam diri.
[/] Berani melaksanakan langkah bijak yang kita rancang.
[/] Jangan berhenti selagi belum berjaya.


Bersaing dengan diri tidak bererti anda harus memencilkan diri atau menjadi "kera sumbang" di tengah kelompok kawan-kawan atau masyarakat. Perhubungan dan interaksi kita dengan orang lain berjalan macam biasa.
Apabila kita betul-betul bersaing dengan orang lain misalnya dalam ujian, peperiksaan, acara gelanggang, pertandingan syarahan atau pidato, pertandingan melukis dan sebagainya, ini sebenarnya hanya persaingan untuk seketika bagi menentukan posisi kita berbanding orang lain. 
Apabila pertandingan atau persaingan tamat, kita akan kembali sebagai diri kita yang asal. Kalau anda sudah bersaing dengan diri anda 24 jam sehari, maka dalam persaingan dengan orang lain anda akan meningkatkan kedudukan dan diri anda hingga anda akan berjaya mendapat kedudukan nombor satu !

Sumber: Solusi Isu No. 20 (2010)
# Hj. Muhammad Zakaria

* p/s : Selamat bersaing dengan diri sendiri ! :))