Homes

30 November 2011

Unity Youth Programme.

Attention: To all youths age 18-25

Jemputan untuk mengikuti Kem Integrasi Belia 2011 Anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada 6hb Dis (selasa) hingga 12 Disember 2011 di Kem Melaka Tropical fruit farm, Sungai Udang, Melaka.

Objektif :

  1. Menggalakkan kerjasama dan semangat kerja berpasukan bagi interaksi dan komunikasi perbagai kaum.
  2. Memupuk semangat patriotisme, membina daya kepimpinan dan keyakinan diri.
  3. Memberi pendedahan adat resam, budaya, bahasa, agama dan nilai positif setiap kaum.
  4. Mendapat pandangan dan cadangan penglibatan belia bagi memperkukuhkan jalinan hubungan dan semangat muhibah kalangan generasi muda.








Macam bestttt kan ???
actually. ada banyak lagi pict2 yg menarik.Tapi takkan aku mau post semua kn?
Enough la ni sebagai paparan semata-mata. Hee .
Tapi aku takut mau pegiiiiiiiiiiii.
Tapi ticket sdh kna booking.
Tapi . Tapi. Tapi.
Arghhhhh !! 
Hu Hu Hu

It's December !

Goodbye November. December is officially here. This year has gone by way too fast. Have a great December.




We're back to decemberrrrrrr....grrrrr -.-





On January i'll be singing " Back To December " . Ha Ha Ha .  Next month. Upper Six. and I don't know what to feel. Hi STPM 2012.
I LOVE YOU
Peace. (Y)








29 November 2011

Lemonade Mouth - Somebody lyrics


Adamaya .

Salam. Hyeep y'olls?
Just wanna share this entry.
Semalamkan, aku tidak dapat tidur. Tidak tau la apa dalam fikiran time tuh sampai tidak dapat tidur. 
Sampai jam1 lebih still lagi tidak tidur. Last-last, aku buka lappy then layan Drama Adamaya. Lama sangat dah tidak tengok cerita ne.. Dulu masa Slot Akasia ne main dekat Tv3. Aku tidak pernah pun ter'miss setiap episod dia. then semalam aku layan drama nee sampai habis 23 episod sampai ke subuh ok. Terlampau layan ne cerita kan sampai tidak sedar subuh sudah. Drama nee serius best gila ! aku bagi rating 9/10 la.. He He He.
Semalam tersedu sedan aku layan feeling weh. Ha Ha Ha. Crying diva  ?? 

Pada masa yang sama dalam sedih-sedih tuh tiba-tiba aku berfikir.. alangkah, beruntungnya semua wanita dalam dunia ne. If dapat suami macam si Adam dalam drama nee.. Serius, kalau ditanya to all womens in this world Malaysia. Tidak ada seorang pun yang mahu menolak lelaki(suami) sebaik Adam. Adam yang mempunyai rupa paras yang menarik, mempunyai harta(tetapi tidak bergantung sangat dengan kekayaan famili tapi lebih senang mencari hasil titik peluh sendiri), mempunyai kelulusan undang-undang, dan cenderung kepada bidang fotografi, soal agama?? 5 waktu sehari ok..
Dalam drama nee dalam diam Adam berusaha sedaya upaya bagi memenuhi impian isterinya(dia tidak sengaja terbaca diari wife dia masa baru sebulan married), wanna know apa impian isteri dia??
1. Mengelilingi dunia semasa honeymoon
2. Melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Ph.d
3. Menulis novel buat suami tercinta

Well, ending drama ne. Adam dapat fullfill juga impian wife dia. except impian yang pertama tu ja la. Coz, masa diorang baru-baru married. si Adam bawa wife dia pergi honeymoon dekat dalam hutan(kampung orang asli), tempat kebiasaan si Adam pergi ambil gambar-gambar nature. Dengan hasil koleksi-koleksi gambar yang dia ada. si Adam buat pameran secara besar-besaran. then, hasil daripada pameran tuh. Dia bagi wife dia Rm300k buat sambung study wife dia. Huhuhu, yang paling sweet sangat when dia sempat buat novel buat wife dia yang bertajuk: " Kembara Mencari Cinta " . Bestkan dapat husband macam tuh?? Oh` dreaming saja laa. he he he. tapi tidak mustahilkan ? siapa tahu .







If aku cerita macam tuh jak maybe korang tidak dapat tangkap sangatkan story dia.. Neway, ne aku sertakan sedikit sinopsis dia .



Sinopsis Adamaya :
Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.
Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.
Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.

      Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

p/s : Lebih baik y'olls tengok sendiri drama ne kays baru best.
He He He

28 November 2011

Dreamsssss.

Define dreams. depends
a dream! Boleh juga jadi it's something yang
kita mampu. But, takkan dapat dicapai
suatu mimpi, ilusi atau suatu impian
yang kita mahu fullfill
Come hell or High water?

But, i wish all my dreams will come true
by hook or by crook



26 November 2011

Kalau Jodoh Tak Kemana..

Kalau jodoh tak ke mana.Semua Allah dah tuliskan.
Soalan itu yang bila diajukan kepada diri sendiri, walau seribu kali pun,
jawapan yang datang tetap yang satu. Bukan mustahil.
Suatu relationship bukan hanya termaktub pada fasa cinta yang indah.
Bukan hanya bersandar pada physical contact.
Bukan hanya didefinisikan oleh kata-kata cinta yang bersadur gula, madu, dan yang manis-manis.
Bukan hanya kerana suka yang datang dari mata lalu turun ke hati.
Bukan kerana hantaran teddy bear dan coklat kepada kekasih daripada sang kekasih.
Teras kepada suatu relationship tu sebenarnya lebih dalam daripada kata-kata yang boleh diluahkan di lidah. Sesuatu yang dikongsi. Relationship itu suatu perkongsian.
Perkongsian By all the senses of the word. Definisi untuk " by other half ".?
When we're better when we're with them.
Allah protects those spreading love through 
His glory.
Where are those who love one another through.


24 November 2011

Skylar Grey - Invisible (official video)


Everyday I try to look my best
Even though inside I'm such a mess
Why do I always feel invisible, invisible



Here inside, my quiet hell
You cannot hear, my cries for help
I tried everything, to make them seem me
But every one, sees what I can't be








sometimes when I'm alone
I pretend that I'm a queen
It's almost believable



Skylar grey is very inspirational. This song really got me. I like this song, because it's the actual truth. Some people ignore others because they have the worst mentality when it comes to thinking of others. Just because someone isn't like you, doesn't mean you can't give them a chance. Give others a chance and see them for who they are. That way being invisible doesn't lead them to all the stuff that was brought up in this video.

23 November 2011

Ombak Rindu



Release date:
December 1, 2011
Genre:
Romantik Drama
Studio:
Astro shaw in association with tarantella pictures sdn bhd.
About: 
Adaptasi dari sebuah novel terlaris di Malaysia.
Starring:
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae
Directed by:
Osman Ali
Written By:
Fauziah Ashaari
Screenplay by:
Armantono/Osman Ali
Produced by:
SHARAD SHARAN


 Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.


Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?






Munginkah sehebat cerita dalam novel? Kita tunggu dan lihat k ! :))


- Well.. aku terpaksa pergi tengok cerita nee sendiri ja laa.. 
Tuan muda mana layan cerita jiwang macam nee.. 
Confirm, kalau kena paksa pun.. banyak ja alasan dia..
It's ok! demi movie nee and Aaron aziz.. I will go ^^,
btw!! siapa mau temankan aku ???????
put u hands up :DD






22 November 2011

Bagaimana Bersaing dengan Diri Sendiri ?

[/] Baiki kelemahan diri.
[/] Jangan buang masa.
[/] Dapatkan kemahiran melalui pembacaan, pengkajian, menghadiri seminar, kursus dan sebagainya.
[/] Selalu bertanya dengan orang yang lebih tahu.
[/] Sentiasa mujahadah dengan diri kita sendiri. Sasarannya ialah diri kita akan menang.
[/] Sentiasa buat terbaik dalam segala bidang dan skop kerja.
[/] Yakin dengan diri sendiri dan bantuan Tuhan.
[/] Tinggalkan semua sifat mazmumah dalam diri.
[/] Berani melaksanakan langkah bijak yang kita rancang.
[/] Jangan berhenti selagi belum berjaya.


Bersaing dengan diri tidak bererti anda harus memencilkan diri atau menjadi "kera sumbang" di tengah kelompok kawan-kawan atau masyarakat. Perhubungan dan interaksi kita dengan orang lain berjalan macam biasa.
Apabila kita betul-betul bersaing dengan orang lain misalnya dalam ujian, peperiksaan, acara gelanggang, pertandingan syarahan atau pidato, pertandingan melukis dan sebagainya, ini sebenarnya hanya persaingan untuk seketika bagi menentukan posisi kita berbanding orang lain. 
Apabila pertandingan atau persaingan tamat, kita akan kembali sebagai diri kita yang asal. Kalau anda sudah bersaing dengan diri anda 24 jam sehari, maka dalam persaingan dengan orang lain anda akan meningkatkan kedudukan dan diri anda hingga anda akan berjaya mendapat kedudukan nombor satu !

Sumber: Solusi Isu No. 20 (2010)
# Hj. Muhammad Zakaria

* p/s : Selamat bersaing dengan diri sendiri ! :))

Lighters

This ones for you and me living out our dreams. 
We're all right where we should be. 
With my arms out wide,
 I open my eyes and now all I wanna see.... 
Is a sky full of lighters, sky full of lighters









 Song Informatian
Title: Lighters
Artist: Bad Meet Evil featuring Bruno Mars
Length: 5:30 ( album version )
     4:20 ( radio edit )
Album: Hell:The Sequel
Genre: Alternative Hip Hop, soul, pop rap
Producer: Eminem, The smeezingtones, Battle Roy
Label: Shady, Interscope 







21 November 2011

Ceritera Bintang !


Aku ingin jadi Bintang.
biarpun kerdil. tidak sebesar dan secantik bulan.
Namun Bintang tetap punya ceriteranya tersendiri.
Jika tidak kerana Bintang.
Masihkah ada insan yang sudi menatapnya pekat malam?
Jika tidak kerana kerdipnya yang berkilau cantik.
Mungkinkah ada insan mengira butir-butirnya. yang halus gemerlap?
Jika tidak ditemani Bintang. Mahukah bulan muncul bersendirian didada langit?.....
Aku hanya ingin menjadi Bintang kerana ceritera Bintang lebih banyak berbanding Bulan nan satu..





I love the city lights !







20 November 2011

We The Kings: Say You Like Me (Official Lyric Video)

Usah Dikenang Cinta Yang Lalu


Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga memang mudah..Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi..

Kadangkala, kita selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah-olah itu saja yang diminda tanpa memikirkan hal yang lebih penting dari soal hati.. kita lemah dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah – olah difikirkan sudah hilang.

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang – kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kuat dan tabah dalam meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu..? Mana perginya janji kita yang mahu berjaya dalam hidup?
Kehidupan kita bukan semata-mata untuk bercinta,berkasih sayang dengan orang yang kita suka dan mahu..kadang kita harus tabah menerima suratan,orang yang kita dambakan bukan menjadi milik kita.. Dan selalu saja kita merungut dan mengeluh mengenang nasib diri kerana apa yang kita mahu tidak diperolehi.

Sedarkah kita,bukan semua yang kita mahu dan inginkan akan menjadi milik kita..Kerana kita punya usaha untuk memilih dan memiliki.. Namun, sejauhmana kita meratap rayu untuk mejadi milik kita dan bukan hak kita,sampai bila-bila pun takkan dapat melainkan dengan izinNya

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita,sudah tentunya kita akan perolehi. Apa yang kita faham tentang takdir dan ketentuanNya..? Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita Cuma hamba Allah yang yang mana wajib mempercayai dan menerima rukun iman..

Kadangkala kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu telah pudar.. Tetapi, kerana kesombongan diri kita atau tidak dapat menerima kenyataan ,dan kita selalu saja menceriakan diri kita dengan pembohongan yang nyata. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti.

Itulah kita..selalu tertewas dengan bisikan halus menyedapkan hati kita. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang. Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta..

Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita. Sedangkan masa yangg berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak dapat menerima hakikat.


Janganlah DITANGISI perpisahan dan kegagalan BERCINTA.. Kerana hakikatnya JODOH itu bkn ditangan manusia.. Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasihNya jua kita dipisahkan bersama HIKMAH yang tersembunyi..

Sumber: akuislam.com

7 Panduan Mengenali Wanita Dengan Melihat Cara Jalan



Wanita merupakan suatu ciptaan yang kompleks dan untuk mengenali wanita kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Walaupun banyak tips dan petua untuk mengenal wanita dari yang paling senang hendak ditafsir hinggalah kepada yang rumit.

Berikut merupakan salah satu panduan dalam mengenali wanita. Yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki terutamnya ketika mencari calon isteri.

7 Panduan Mengenali Wanita Dari Cara Jalan:



1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka menunduk ketika berjalan
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan menatap lurus ke depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan nampak tegak ketika berjalan
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agak berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.sekian.

Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk Dilalui


Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.

Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan.

Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini.


Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.

Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA.

Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup.

Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik.

Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri.

Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA.

Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita.



Terima Kasih Ya ALLAH untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yang sudah Engkau berikan kepada kami. Berikan petunjuk dan bimbinganMu kepada kami seperti yang telah Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang Engkau sayangi. 
Izinkanlah kami untuk untuk lebih dekat dan mencintaiMu.

Sumber:akuislam.com

Fakta Menarik Mengenai Perempuan




1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


 via - http://penpatah.blogspot.com