Salam. Hyeep y'olls?
Just wanna share this entry.
Semalamkan, aku tidak dapat tidur. Tidak tau la apa dalam fikiran time tuh sampai tidak dapat tidur.
Sampai jam1 lebih still lagi tidak tidur. Last-last, aku buka lappy then layan Drama Adamaya. Lama sangat dah tidak tengok cerita ne.. Dulu masa Slot Akasia ne main dekat Tv3. Aku tidak pernah pun ter'miss setiap episod dia. then semalam aku layan drama nee sampai habis 23 episod sampai ke subuh ok. Terlampau layan ne cerita kan sampai tidak sedar subuh sudah. Drama nee serius best gila ! aku bagi rating 9/10 la.. He He He.
Semalam tersedu sedan aku layan feeling weh. Ha Ha Ha. Crying diva ??
Dalam drama nee dalam diam Adam berusaha sedaya upaya bagi memenuhi impian isterinya(dia tidak sengaja terbaca diari wife dia masa baru sebulan married), wanna know apa impian isteri dia??
1. Mengelilingi dunia semasa honeymoon
2. Melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat Ph.d
3. Menulis novel buat suami tercinta
Well, ending drama ne. Adam dapat fullfill juga impian wife dia. except impian yang pertama tu ja la. Coz, masa diorang baru-baru married. si Adam bawa wife dia pergi honeymoon dekat dalam hutan(kampung orang asli), tempat kebiasaan si Adam pergi ambil gambar-gambar nature. Dengan hasil koleksi-koleksi gambar yang dia ada. si Adam buat pameran secara besar-besaran. then, hasil daripada pameran tuh. Dia bagi wife dia Rm300k buat sambung study wife dia. Huhuhu, yang paling sweet sangat when dia sempat buat novel buat wife dia yang bertajuk: " Kembara Mencari Cinta " . Bestkan dapat husband macam tuh?? Oh` dreaming saja laa. he he he. tapi tidak mustahilkan ? siapa tahu .
If aku cerita macam tuh jak maybe korang tidak dapat tangkap sangatkan story dia.. Neway, ne aku sertakan sedikit sinopsis dia .
Sinopsis Adamaya :
Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh.
Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?
p/s : Lebih baik y'olls tengok sendiri drama ne kays baru best.
He He He


