Homes

20 September 2013

Pemilik cintaku

Sajak Buat Bakal Suami
Ilham: Aminah Qutb

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,
Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cinta,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintainya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkan lah ke dalam hatinya,
cinta  kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku..