Homes

21 January 2012

Info Kesihatan : Kedudukan Jerawat



Dahi :
Haba badan melampau, peredaran darah tidak berfungsi dengan baik. Minda dan badan mungkin terlalu letih, stress, dan kumpulan ini biasanya panas baran.

Hidung :
Jerawat di batang hidung bermakna tulang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

Dagu :
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin ( rembesan dalaman ) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan bermasalah.

Pipi Kiri :
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

Pipi Kanan :
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal sehingga boleh menyebabkan penyakit resdung dan lelah.

Badan ( Belakang & Depan ) :
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit.  Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti Piramid Makanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan baik.


credit to : Adzlily Zuhaira